My Self As Normal A Human

My photo
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Im just simple person... I want to change my world nowadays.. My lifestyle is enjoy ,rilex, open minded and also I like to do extreme activity like Tae kwan do, Mountain biking, Mountain climbing..Some time I spend my leisure time for riding LC, hangout, shopping , fishing , camping n go for holidays with my beloved MOM, FAMILY or FRIENDS..... I LOVE my FAMILY FOREVER

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 28 April 2012

Seawal 5am, sya sudah berada di Masjid Negara.. Selepas selesai mununaikan solat subuh, saya bergerak menuju k Central Market untuk bersarapan.. Sepanjang perjalanan sya dri CM k Masjid Jamek, ramai yg menegur sya walaupun sya sdri x mengenali mereka.. Di sini, ap yang sya mahu ceritakan ialah sikap bantu-membantu serta bertimbang rasa antara kaum serta saling hormat menghormati.. Kami saling tidak mengenali, tetapi dengan perjumpaan ini, kami SEMUA sperti diibaratkan sekeluarga.. Sya ad berbual dengan beberapa orng peserta Cina dari Perak, Johor, Penang dan Selangor dan mereka mengatakan, 'kami cina 100% TIDAK akan sokong kerajaan BN/UMNO'.. Ketika canister dilemparkan kearah kami di Jalan Masjid Jamek, beberapa orng peserta Cina menarik saya k tempat yg selamat dan memberi saya garam dan air untuk mengurangkan kepedihan.. Itu menunjukkan kaum Cina juga sudah x kisah dengan propaganda perkauman yg diprovok oleh BN/UMNO.. Kami menyanyikan lagu bersama2, bersorak bersama2 serta memperjuangkan hak rakyat bersama2.. Propaganda yg UMNO/BN sebarkan sama sekali tidak sma dengan ap yang berlaku d BERSIH 3.0 / STOP LYNAS.. Sebelum saya solat Asar, 9 das canister ditujukan disekitar kawasan Masjid Jamek, kwan2 cina ckp, 'x ape, u all sembahyang, kami back up u all, tp klu kami suda x dpt nak back up lagi, u all semua jngn risau, tuhan akan menambil nyawa u all dlam keadaan syahid', terkedu sya dengar ayat tu, cina2 tu bkannya beragama Islam, tp faham konsep perjuangan dalam Islam.. Apabila mahu pulang, nampak sahaja peserta BERSIH 3.0 atau STOP LYNAS, kami saling bersalam serta memberikan lambaian kemenangan.. Sepanjang perjalanan balik k Perak, stiap kereta yg lalu d sebelah kereta saya pasti akan memberikan isyarat bagus, bangga plak. huhu.. Waktu pulang k Perak, d RnR Tapah, sempat juga sya berbual dengan seorang pakcik, beliau berkata 'Kuasa mahasiswa beserta rakyat Malaysia yg tertindaslah  yg akan menumbangkan kezaliman kerajaan BN/UMNO'..

Credit to TauFik Cyrus








Nampak x peserta Cina lagi ramai dari Melayu
, Cina da sedar, Melayu bila lagi?
Muslimat x ketinggalan menghadiri BERSIH 3.0
Selepas ucapan Marina Chin, keadaan huru hara bermula
 kerana ada SB yg memulakan provokasi
Credit to kelab benci BN=UMNO hingga kiamat
Credit to PAS ganti UMNO
Credit to Kami Boikot Buletin Utama TV3
Credit to 傻傻聚集处
Credit to 傻傻聚集处
Credit to 傻傻聚集处

Tuesday, April 17, 2012

My New Lelaki Comel



Alhamdulillah, selesai semuanya..
Kali ni sye nak citer pasal moto plak..
Actully sya nak beli moto YAMAHA FZ150i







BUT......


sya terpaksa batalkan hasrat murni sya tu coz.......

Under Sultan Abdul Jalil Bridge


moto FZ agak besar dan bagi orang berbadan cute
cam sya ni, x brape sesuai..




Jadi, hasil perbincangan dan pertanyaan, keluarla 1 keputusan,

YAMAHA Lelaki Comel 135.... huhu






Home sweet home


Moto nie agak jimat juga penggunaan petrolnye.. memang membuatkan perjalanan anda lebih jauh..  ^__^














Kota Lama Kiri Paddy field


Balik kg jap, lame sngt x jalan2
kat kg, so g la round2 kg,
tmbah cantik ag bila sawah padi pon
tngah menghijau.. terubat rindu d zaman kanak2..














Bukit Merah Lake Town



19/4/2012 adalah hari yg agak malang untuk sya..
Tengahhari sya terjatuh at bukit merah, luka at lutut n moto calar bahagian handle n brake tangan..
Malam, sampai j kat umah, dlam kul 11.15pm, kat atas kotak, ad kayu, kayu tu terjatuh n mencalarkan cover tayar bahagian hadapan moto.. aduh, banyak sangat perkara yang mencalarkan moto sya hari ni.. urmm
Kurangla insurancenye nnty..




At my beautiful village...
Credit to Abu Ayyub Al Ansori    
Rindu sngt suasana kampung...


Saturday, April 14, 2012

Tips menu sihat makan d restoran

Pilih menu secara berhati-hati


Berikan tumpuan kepada senarai maklumat menu itu. Label-label seperti goreng, rangup, penuh keju, Alfredo, au gratin atau sos krim biasanya tinggi jumlah kalori dan sodium serta lemak tepu.


Pilih hidangan yang mempunyai banyak sayur-sayuran dan ambil ayam atau daging yang kurang bahagian lemak.


Minum banyak air


Minuman berkarbonat memang sesuai dinikmati bersama makanan ringan tetapi ia mengandungi kalori tersembunyi. Saiz minuman berkarbonat biasa 32 auns mempunyai 425 kalori, jumlah yang amat tinggi dalam pengambilan kalori seharian.


Jika tidak gemar minum air kosong, cuba tambahkan dengan titisan lemon
atau menukarkannya dengan teh kurang atau tanpa gula.


‘Ubah’ makanan anda


Apabila memilih menu, berhati-hati dengan kuah salad, mentega, keju dan krim masam yang kaya dengan kalori dan lemak. Ketika memesan burger ayam, mintalah tanpa mayonis dan tukarkannya dengan sos mustard (jika ada).


Makan secara berhemah


Berikan perhatian terhadap makanan anda dan nikmati satu demi satu. Kunyah perlahan-lahan dan jangan makan secara tergesa-gesa. Makan secara berhemah juga bermaksud berhenti sebelum kenyang.


Tubuh kita memerlukan masa untuk mengenalpasti apa yang kita makan. Makan secara tenang dapat memudahkan penghadaman dan membuatkan kita rasa lebih kenyang.


Saiz besar


Satu hidangan biasa makanan segera secara puratanya mengandungi lebih 1,000 kalori, jadi pilihlah hidangan kecil dan pilih salad berbanding kentang goreng.


Andainya masih ingin menikmati kentang goreng, kurangkan kandungan garamnya dan jangan minta saiz besar. Satu saiz hidangan biasa sebenarnya boleh dijadikan dua hidangan. Makan separuh dan sebahagian lagi dibawa pulang atau dikongsi bersama pasangan.

Thursday, April 12, 2012

Kisah Ashabul Ukhdud


Pd masa dahulu raja-raja bergantung kpd ahli sihir utk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah utk menipu org ramai yg menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain drp Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah menceritakan bhw pd zaman dahulu terdapat seorang raja yg mempunyai seorang tukang sihir yg sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini berasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yg bijak dan menonjol pd masa itu utk mewarisi ilmu dan kesesatannya. Raja itu menunaikan hajat tukang sihir tadi.


Ketika budak itu berulang alik dr istana, dia telah melalui satu tempat yg merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama) yg mana dia begitu tertarik kpdnya dan mendengar segala nasihat drp rahib tadi. Budak itu mengadu kpd rahib tersebut mengenai tindakan ahli sihir yg akan dikenakan terhadapnya jika dia terlewat krn belajar dgn rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya ttg kelewatannya maka katakanlah bhw keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bhw tukang sihir telah menahannya yg menyebabkan dia lewat pulang.

Pd suatu hari budak tersebut terserempak dgn seekor binatang besar yg menahan dan menyekat org ramai yg mana ia kemungkinan seekor singa atau ular yg besar. Rentetan drp masalah ini, timbullah satu peluang bg budak tersebut utk menyelesaikan perkara di antara tukang sihir dan rahib bg mengetahui yg manakah di antara mereka berdua berada dlm kebenaran. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kpd binatang tersebut dgn memohon kpd tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih diredhaiNya berbanding dgn tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu tersungkur dan rebah dgn lontaran tadi sedangkan org ramai menyangka bhw binatang tersebut tersungkur krn kelebihan drp ilmu sihir yg dipelajarinya.

Setelah rahib tersebut mengetahui bhw budak tersebut akan diuji krn telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yg dilakukan oleh rahib tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu mengenainya kpd org ramai. Pesan rahib lagi bhw org mukmin itu meminta kesejahteraan hanya kpd Allah dan jika diuji dia bersabar.

Allah SWT telah mengurniakan kpd budak tadi kelebihan menyembuh penyakit-penyakit, di antaranya adalah mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak, yg mana dia memberitahu bhw penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yg beriman kpd Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap dlm menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit org ramai. Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kpd salah seorang pegawai istana yg buta. Tanpa berlengah, dia pun memberikan kpd budak tadi upah yg besar utk mengubatinya. Budak tersebut memberitahu bhw penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kpd Allah, dia akan berdoa kpd Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dgn berkat doa budak tadi.
Pd suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yg mana raja berasa hairan terhadap apa yg berlaku kpd pegawai itu. Maka dia bertanya:” Siapakah yg menyembuhkan penglihatanmu?” Lalu pegawai tersebut menjawab: “Tuhanku.” Maka raja tersebut bertanya lagi: “Adakah bg kamu tuhan selain daripadaku?” Pegawai itu menjawab: “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan tersebut, yg mana dia menganggap bhw kata-kata pegawainya tadi boleh membawa kpd fitnah yg besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat akan merasa bhw selama ini mereka telah ditipu dgn dakwaan raja yg mendakwa dirinya sebagai tuhan yg patut disembah selain dr Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia. Tukang-tukang sihir dan pegawai-pegawai yg jahat itu bekerja siang dan malam utk memperbaiki aqidah pegawai tadi. Maka gementarlah hati raja tersebut krn bimbang takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyeksa pegawai itu sehinggalah pegawai itu mengkhabarkan perihal budak tersebut.

Apabila budak tadi datang ke istana, raja itu menyangka bhw budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil dr tunjuk ajar tukang sihirnya. Ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tersebut mengingkari sihir dan tukang sihir baginda. Dia memberitahu mereka bhw dia tidak menggunakan ilmu sihir utk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu. Sebaliknya dia akan berdakwah kpd manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kpd Allah SWT yg Maha Esa.

Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dgn tujuan utk mengetahui punca fitnah yg berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib yg mengajarnya. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya, namun dia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yg mana badannya dibelah dua dgn gergaji. Begitu juga yg berlaku kpd pegawainya yg beriman itu. Begitulah pemuda yg sabar di dlm menahan azab ketika dlm mehnah dan ujian dgn mengutamakan iman drp nyawa mereka. Walaupun mereka diuji dgn azab, namun pd hakikatnya mereka berada dlm pertolongan dan perlindungan Allah SWT serta mendapat keredaanNya, dgn memperolehi syurga dan dijauhkan drp azab neraka serta pd hari qiamat mereka ditolong oleh Allah SWT.

Raja tersebut cuba utk mempengaruhi budak tadi krn dia boleh mengukuhkan kedudukannya jika dia kembali kpd agama asalnya. Tambahan pula bapanya adalah drp kalangan pembesar negara, maka raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan bapa budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah gagal melembutkan hati budak tadi, mereka merancang utk membunuhnya dgn pelbagai cara di samping masih memberi peluang kpd budak tadi utk kembali kpd aqidah asalnya.

Rancangan pertama ialah menghantar budak tadi ke puncak gunung utk dihumbankan ke lembah yg curam. Lalu budak itu berdoa kpd Tuhan. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dlm lurah yg dlm itu. Kembalilah budak tadi kpd raja dgn selamatnya dan memberitahu nasib yg menimpa pegawai-pegawai yg bersamanya tadi.

Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tgh laut utk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya. Maka berdoalah budak tadi kpd Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yg mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah SWT. Budak tadi kembali semula kpd raja dgn selamatnya.

Suatu peringatan yg penting di sini ialah mengenai tindakan budak tadi, yg mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan Allah SWT, tetapi dia tetap kembali kpd raja tersebut. Ini adalah krn dia tidak berniat utk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan utk menzahirkan agama Allah SWT dan meninggikan kalimahNya. Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut org ramai di majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dgn keberaniannya dlm menghadapi pemerintah yg zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Sebenarnya org ramai tidak mempercayai segala dakwaan raja mereka tetapi krn kezaliman raja tersebut, maka mereka terpaksa menyembunyikan perkara ini.

Raja menyedari akan kelemahannya utk membunuh budak tersebut. Akhirnya budak itu sendiri memberitahu raja ttg satu-satunya cara yg membolehkan dirinya dibunuh. Budak tadi meminta raja tersebut supaya mengumpulkan org ramai di suatu tempat dan mengikatnya pd suatu batang kayu. Kemudian raja mengambil anak panah drp simpanannya dan memanah budak tersebut dgn berkata: “Dgn nama Allah SWT, Tuhan budak ini.” Lalu raja pun melaksanakan cara yg diajarkan oleh budak itu.

Kematian budak tadi melambangkan kebenaran aqidahnya, krn dia hanya berjaya dibunuh setelah raja tersebut memanahnya dgn anak panah yg diambil dr simpanan budak itu sendiri sambil melafazkan nama Allah SWT. Jika tidak, maka raja tersebut akan tetap menemui jalan buntu dlm mencari jalan utk membunuhnya.

Jika perkara ini terjadi pd zaman kita maka sudah tentu menjadi satu perbalahan dan perbahasan kpd sesetengah org yg tidak mendalami dlm bidang agama, ttg sejauh mana kebenaran perbuatan budak tadi. Adakah patut dia menunjukkan jalan yg boleh menyebabkan kematiannya kpd raja tersebut?

Sesetengah org yg cetek ilmunya pula akan mendakwa bhw perbuatan budak tadi termasuk dlm perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri adalah perbuatan org yg berputus asa dan mahu lari drp kehidupannya yg sebenar. Sedangkan budak tadi dan org-org yg sepertinya adalah mereka yg sanggup berkorban jiwa raga mereka utk menyebarkan dan mempertahankan keislaman dan keimanan mereka. Merekalah yg menentang kejahatan org yg berbuat kerosakan dan ini merupakan herdikan kpd org kafir.

Bukanlah budak tadi seorang yg bodoh menuntut kematian, bahkan dia sebenarnya berharap bhw dgn kematiannya itu akan dapat mengajak org lain ke arah keimanan kpd Allah SWT dan menentang thaghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yg ada pd diri manusia menyebabkan mereka terhalang drp mengikuti kebenaran dan dlm memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi dgn mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya menjadi contoh kpd org ramai dlm menyatakan kebenarannya.

Setelah budak tersebut hampir menemui ajalnya, dgn perasaan lega raja tersebut menyangka bhw telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah selesai urusannya dgn cara mengikis punca dan akar umbi lawannya itu. Tiba-tiba datang pegawainya dgn tergesa-gesa dan memberitahu bhw telah terjadi perkara yg paling ditakuti oleh raja itu sendiri, iaitu berimannya org ramai kpd Allah SWT. Maka dgn ini tercapailah segala hasrat dan tujuan budak tersebut, dgn cara mengikis perasaan takut org ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya dan menjadikan pengorbanan dirinya di jalan Allah SWT sebagai suatu wasilah utk org ramai beriman dan mentauhidkan Allah SWT.

Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya, yg mana dgn segera dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya utk menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya, dan setelah itu menghumbankan setiap org yg tidak mahu kembali kpd agamanya yg asal. Namun semua org lebih rela dihumbankan ke dlm api tersebut krn api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka drp api dunia yg jauh bezanya. Begitulah mauqif dan pendirian org mukmin yg sebenarnya.

Suatu peristiwa yg penting di dlm kisah yg bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yg masih mempunyai anak kecil di dlm pangkuannya yg masih menyusu. Apabila dia menghampiri jurang api tersebut, hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yg asal. Lalu dgn izin Allah SWT anak yg kecil tersebut dapat bercakap dan menyuruh ibunya agar bersabar krn dia berada di dlm kebenaran. Itulah kebesaran Allah SWT utk mengukuhkan kedudukan dan keimanan org mukmin.
Allah SWT telah merakamkan kisah pembakaran mereka di dlm ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yg bermaksud: “Dan mereka tidak menyiksa org-org mukmin itu melainkan krn mereka itu beriman kpd Allah yg Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, yg mempunyai kerajaan di langit, dan di bumi dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu.”

Begitulah kezaliman dan sifat melampau raja dan pembesar-pembesarnya tersebut yg sanggup membakar rakyatnya sendiri krn tidak mengikut jalan dan cara yg diciptakan oleh mereka. Bg mereka perkara yg penting ialah dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya, bg sesiapa yg ingkar pula dibakar hidup-hidup.

Pengajaran kisah:
1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dlm kisah ini. Kaum yg selama ini berada dlm kesesatan dan kezaliman akhirnya mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yg berlaku kpd budak itu. Allah SWT sentiasa membantu mereka yg menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya.
2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pd agamaNya drp kalangan org yg mana pd mulanya dianggap pengukuh kpd kerajaan thaghut sebagaimana budak di dlm kisah ini. Pd mulanya budak itu menjadi murid kpd tukang sihir tetapi akhirnya dia beriman kpd Allah melalui pengajian yg di perolehi drp rahib dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kpd kerajaan yg zalim itu.
3. Iman tidak memerlukan masa yg panjang setelah diberi hidayah oleh Allah di dalam hati manusia sebagaimana yg terjadi kpd kaum dlm kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kpd wali-waliNya utk mengukuhkan lagi keimanan dan keyakinan mereka.
5. Org kafir akan sentiasa bermusuh dgn org yg beriman, sebagaimana raja tersebut menggergaji rahib dan pegawai raja yg telah beriman kpd Allah.
6. Kita wajib bersabar dlm menempuh ujian, sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yg telah dihumbankan ke dlm lubang api.
7. Dibolehkan membuat helah dlm peperangan dan perkara yg bertujuan utk menegakkan kebenaran.
8. Org yg jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi oleh org lain, sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kpd org lain utk menyesatkan manusia.
9. Mereka yg benar-benar yakin, istiqamah dan ikhlas dlm perjuangan sahaja yg akan mendapat kemenangan.

Kesimpulan:
Sebagai seorang yg beriman kpd Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya. Serahkanlah segala urusan dan penentuan hanya kpd Allah. Barangsiapa yakin kpd Allah, maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah krn ia akan membawa kpd keberkatan dan kebahagiaan. Sesiapa yg menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serta menetapkannya dlm agama Islam.
Allahu a’lam bisshawab.

copy from WUJUD

Tuesday, April 10, 2012

Tentang hp yg anda x ketahui....





Tahukah anda yang anda tak tahu mengenai sesuatu yang anda rasa anda tahu tapi malangnya tidak diketahui? haha ! Tolong jangan hantuk kepale kat dinding.. saya saje buat pening tadi~ Antara Rahsia handphone yang "wujud" ialah ~~>


1.Nombor Kecemasan

... Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock). 


2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

 
3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . (Untung lah pakai NOKIA =.=")


4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

5. Alat letupan 
Sama seperti no 4 tapi lagi istimewa . Kalau telefon bimbit anda dicuri dan anda tidak meng"halal"kan ... Anda disediakan satu button special yang kena disimpan di dalam dompet... Apabila telefon bimbit anda dirampas , anda jangan risau .. Just tunggu 5 minit dan tekan button itu.. Nanti anda akan tahu lokasi terkini telefon anda kerana anda telah meletopkannye =.=" (YANG NO 5 NI JANGAN PERCAYA PULAK.. HAHA ! REKAAN SEMATA-HIDONG) E'E

Fakta mengenai Durian



Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144 

Sumber: http://thesecretmedicines.blogspot.com

*tetapi mengikut kuantiti yang disarankan...:)

Monday, April 9, 2012

Tae Kwon Do Tournament at PTSS

8 April 2012
9am - 12.30pm
Politeknik Syed Sirajuddin, Perlis
This medal not belong to me...... huhu
Take a pic with Master Amir


With my degree friend, Ain
Pumping.. ala, sikit je..


L stunt for kick






I missed the block step.. stress!!!

                                                         Punch step i do it well..