My Self As Normal A Human

My photo
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Im just simple person... I want to change my world nowadays.. My lifestyle is enjoy ,rilex, open minded and also I like to do extreme activity like Tae kwan do, Mountain biking, Mountain climbing..Some time I spend my leisure time for riding LC, hangout, shopping , fishing , camping n go for holidays with my beloved MOM, FAMILY or FRIENDS..... I LOVE my FAMILY FOREVER

Wednesday, January 29, 2014

Sepanjang penglibatanku bersama Volunteers KL di Landap (Oct 2012- Jan 2014)

 Volunteers KL adalah sebuah kumpulan sukarelawan pelbagai peringkat umur yang ditunjangi oleh sekumpulan anak muda yang berusaha sebaik mungkin untuk menyantuni keperluan golongan yang memerlukan seperti ibu tinggal, ibu tunggal, remaja tersasar, OKU dan warga emas terpinggir serta masyarakat Orang Asli.

Kami sangat mengharapkan sokongan, dokongan dan sumbangan daripada anda semua supaya aktiviti yang dirancang dan disusun dapat dilaksanakan dengan penuh jaya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank 1647 6209 8102 atas nama Ahmad Suhaimi bin Md Aris. Akaun ini kami gunakan sebagai akaun rasmi semua program kami.
Page Rasmi  Volunteers Kl - Together We Care
Sukarelawan yang terlibat
Sukarelawan yang terlibat

Terdetik di hati kecil ku, aku sudah memiliki sebahagian daripada impian aku, tetapi mengapa aku masih  tidak berpuas hati dengan hidupku. Aku perlukan sedikit pengorbanan untuk diberikan kepada yang memerlukan. Perkongsian ilmu, tenaga, serta wang ringgit amat2 bermakna bagi mereka yang memerlukan. Aku gembira melihat mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Jika dahulu orang memandang hina kepada orang asli, aku akan buktikan yang orang asli juga setanding malahan lebih baik daripada kita yang sudah sememangnya maju mengejar arus kemodenan. 


Wajah ceria mereka membuatkan aku bahagia. Tanpa aku sedari, kasih sayang yang terjalin antara mereka dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara kami.



Jangan lupakan juga kepentingan alam sekitar serta kesegaran udara yg terdapat d Landap. Pelbagai jenis hidupan serta tumbuh2an seperti Kucing hutan, musang, harimau, gajah serta pelbagai jenis pokok2 hutan. Sungai yang sejuk dan jernih juga dapat menenteramkan jiwaku yang asyik sibuk dengan tugasan duniawi.